
Sulit
4 tahun
Sakit ari-ari belah kiri
Sy nak tanya tentang sakit ari-ari belah kiri. Dah bebarapa bulan sy rasa sakit berdenyut belah kiri. Sebelum ni pernah check doktor masa tu doktor cakap sy ada PCOS dan gastrik. Beberapa bulan lepas tu sy ada pergi check lagi tp doktor dah tak dapat detect lagi PCOS, dia cakap PCOS tu dah hilang lepas sy period. Tapi sakit ari-ari belah kiri masih sakit mcm biasa tp period mmg tiap-tiap bulan ada. Apa rawatan yang perlu sy buat ye doktor? Sy ada cyst ke?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.