
Sulit
4 tahun
Sakit ari ari sebelah kiri selepas bersama suami
sya wanita berumur 28 tahun baru berkhawin 3 minggu sya ingin tau kenapa saya mngalami sakit ari ari sebelah kiri selepas bersama suami…tetapi sya tidak mngandung

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berdua. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Sakit selepas berhubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- sakit pasca trauma akibat dari
- luka kelamin akibat terlalu agresif
- kelamin wanita yang tidak cukup basah atau terlalu kering
- masalah alat kelamin (i.e. jangkitan kuman, vaginismus , dll.)
- posisi atau cara bersetubuh ang salah atau tidak lazim
- ganguan psikososial yang memerlukan terapi
- tanda-tanda gangguan organ wanita yang memerlukan pemeriksaan lanjut
Umumnya jangkitan kuman, gangguan psikososial dan organ wanita memerlukan rawatan dari doktor. Selain dari itu, kesemua gangguan diatas boleh hilang perlahan-lahan dengan waktu dan perubahan teknik persetubuhan. Berbincanglah dengan pasangan agar anda dapat menangani masalah yang boleh diselesaikan bersama…
Selain itu anda juga boleh cuba mengurangkan rasa sakit (dalam waktu yang terdekat) dengan:
- memastikan kelamin pihak wanita telah siap untuk penetrasi
- menggunakan bahan pelincir atau lubricant
- tidak terburu-buru dalam melakukan hubungan intim
- kosongkan pundi kencing sebelum melakukan hubungan
Namun sekiranya gejala berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah