
azruljinnah
5 tahun
Sakit ari ari (tengah dada)
Salam doctor,
Saya berumur 38 tahun dan sejak 2 tahun kebelakangan ini saya senang terasa sakit di ari ari (urat tengah dada) dan rasa seperti berdebar (sementara) … ia datanag secara tiba tiba … mungkin stress kerja etc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda menghidapi sakit dada pada bahagian tengah dan kadang kala berdebar. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Masalah jantung
Gangguan emosi
Masalah psiakitri
Anemia (kekurangan darah)
Berikut merupakan jawapan umun bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.