
Sulit
3 tahun
Sakit bahagia bawah perut, sakit tumit, Kerap kencing
Saya wanita 20an mengalami sakit bahagian bawah perut, sakit tumit,kerap kencing dan baru bulan ni period saya lambat dari tarikh sepatutnya… Apa yg saya kena buat dan apa puncanya ya dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid lewat dan sakit perut, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam saluran kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
- Kehamilan
- Stres atau tekanan emosi
- Berat badan berlebihan
- Ketidakstabilan hormon
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan gejala yang dialami mengganggu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.