
Anonymous
2 tahun
Sakit bahagian ari ari dan pinggang
Saya wanita 20 an . Sejak kebelakangan ni saya kerap sakit di bahagian ari² sehingga ke tulang belakang . Priod pun tidak teratur. Kadang sampai 5 bulan tak priod . Dan bila priod ,adakalanya sehingga 15 hari . Seminggu ni juga perut saya sering mengalami masalah seperti kembung dan kerap sendawa. Adakah ini normal ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- batu dalam saluran kencing
- jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- pyelonephritis
Selain daripada itu, terdapat juga penyebab sakit puan lain yang membuatkan anda mengalami simptom berikut. Antaranya ialah
- fibroid dan polip di dalam rahim
- endometriosis
- adenomyosis
- masalah dengan ovari seperti ovari terbelit dan cyst dalam ovari