
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian ari2 sebelah kiri dan sembelit
Hi doctor, seminggu yg lepas sy mengalami sembelit, dan sakit di bahagian ari2 sebelah kiri hingga ke bahagian dubur, selepas ke klinik doc ade memberi ubat lawas berak,keesokkan harinya sy buang air besar seperti biasa, cuma sakit dia bahagian ari2 masih terase.saya jugak telah mengambil sampel air kencing dan keputusannye tiada masalah UTI.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian ari-ari. Untuk makluman anda, selain UTI, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kencing, atau struktur sekitarnya
- masalah pada sistem pencernaan (perut dan usus)- sembelit, radang appendiks
- masalah sistem reproduksi wanita- hydrometrocolpos’ – iaitu pengumpulan rembesan rahim, vagina dan darah haid di dalam rahim dan vagina, Kehamilan luar rahim, Ovari bernanah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang sakit pada ari-ari? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!