Sulit
5 tahun
Sakit Bahagian Badan Serta Dada
Assalamualaikum dr…sy perempuan berumur 24 tahun…sebulan yg lepas sy ada mengangkat barang yg berat.beberapa hari selpas tu…sy sakit bahgian belakang kiri serta bahu dan lengan kiri…kadang2 trasa sakit di bhgian dada kiri…adakah disebabkan sy mengangkat barang yg berat…adkah sy perlu menjalani rawatan x ray…sy ada cuba makan panadol dan ubat tahan sskit…kdang2 hilang tp masih sakit lg…apa perlu sy buat? Terima kasih dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang berdasarkan keterangan anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- slipped disc (lazim berlaku pada bahagian pingang tulang Lumbar 4 dan 5)
- herniated disc
- ankylosing spondylitis
- masalah batu karang dalam buah pinggang
Sebab gejala anda yang lain tetapi amat jarang seperti:
- tibi tulang belakang (tb spine)
- jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
Lazimnya sebelum mencapai diagnosis, ujian seperti pemeriksaan fizikal, ujian pengimejan seperti MRI tulang belakang akan dibuat terlebih dahulu dan sekiranya anda berkunjung ke hospital kerajaan kosnya tidak akan lebih RM50. Rawatannya termasuklah fisioterapi, pengurangan berat badan, pemulihan cara kerja dan pendidikan postur yang betul untuk mengangkat barangan berat serta ubat-ubatan. Terdapat juga pilihan pembedahan untuk masalah ini namun, ia tidak digalakkan kerana pembedahan melibatkan saraf (neurosurgery) mempunyai risiko yang tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.






























