
mrcyan89
5 tahun
Sakit bahagian bahu,leher dan dada kadang2 trasa nyeri
saya berumur 31 tahun.simptom2 sakit jantung saya ada mengalaminya seperti sakit d bahagian leher,bahu,dada terasa nyeri kadang2 jugak.saya jugak suda membuat ujian ecg dua kali di klinik yg berlainan.tetapi tiada sakit jantung di kesan.saya juga tiada keturunan sakit jantung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terima kasih