
bungamelorr78
5 tahun
Sakit bahagian belakang Dari tengkuk hingga belakang
Emak Saya berumur 60 tahun, dia mengalami sakit di bahagian belakang tengkuk hingga belakang badan, badan dia terasa kebas Dan jari tangan today kuat untuk genggam barang, pergerakan dia terlalu lemah Dan lesu…dia Ada penyakit kencing manis Dan datah tinggi…perlukan pencerahan doktor apakah penyakit emak Saya selain kencing manis Dan darah tinggi Serta apa nasihat daripada doktor.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, disebabkan anda mempunyai latar belakang keluarga dengan penyakit darah tinggi, anda kemungkinan besar mengalami simptom tekanan darah tinggi krisis (hypertensive krisis). Tekanan darah tinggi jenis ini akan menyebabkan komplikasi seperti strok, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan lain- lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri diserang strok akibat daripada peningkatan tekanan darah tinggi secara tiba- tiba. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.