
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian belakang pinggang dan kaki
Saya wanita berumur 26
Sejak kebelakangan ini setiap kali sebelum period saya akan rasa rasa kaki dengan pinggang rasa seperti tarik
Pergerakkan saya pn terbatas
Nak baring pn still rasa tertarik2
Benda macam ni biasa atau ada sebab2 lain

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, mengalami senggugut sebelum datang haid adalah normal. Anda berkemungkinan mengalami premenstrual symptom (PMS) ataupun gejala sebelum datang haid. Antara gejala lain PMS adalah:
- Perubahan mood (senang sedih, marah dan sebagainya)
- Lemah-lemah badan
- Senggugut atau tidak selesa di bahagian bawah perut
- Perubahan selera makan
- Gangguan tidur
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Dalam kebanyakan orang, perkara ini adalah normal dan tidak memerlukan perhatian. Sekiranya gejala-gejala ini mengganggu anda sehingga mengganggu tidur dan aktiviti harian anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya rawatan dan bantuan dapat diberikan.
Dalam kes anda, anda mungkin boleh lakukan beberapa aktiviti yang disebutkan di bawah:
- Yoga
- Senaman ringan
- Mendapatkan rehat yang cukup
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.