
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian dada ketika bersenam
Adakah disebabkan saya Tak makan dari pagi & hanya makan ketika balik dari kerja sekitar pukul 5.40 selepas itu saya Mengambil Masa bersenam sekejap menjadi faktor dada sakit mengalami rasa sakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk dan selaput dada (costochondritis)
- Serangan gastrik
- Refluks asid
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sukar bernafas
- Batuk berkahak
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
- Lemah dan lesu
- Pening kepala
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.