Sulit
6 tahun
Sakit bahu yang berlarutan
saya seorang perempuan berusia 23 tahun. saya kerap sakit bahu kiri yang jenis keras tu.rasa lenguh2 berat semua ada. sampai nak tidur pun tak selesa. dan sangat mengganggu aktiviti harian saya. dan kali ni sakit bahu ni dah berlarutan selama seminggu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bahu yang berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- frozen shoulder terkait struktur tulang dan otot di sekitar bahu
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi rutin harian dan pekerjaan anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























