
Sulit
5 tahun
Sakit bawah payudara dada sebelah kiri
Saya wanita dalam 20an dan saya telah mengalami sakit dada sebelah kiri ketika saya ingin menarik nafas. Apabila saya menarik nafas saya akan berasa ditekan dengan kuat org seseorang ataupun ditekan secara mengejut. Sakit ini telah berlanjutan selama beberapa minggu sehingga sekarang.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda sakit dada kiri disertai sedawa dan angin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
Untuk makluman anda, ubat painkiller seperti diclofenac boleh menyebabkan asid perut meningkat sehingga menimbulkan gejala seperti pedih ulu hati yang sering dikelirukan dengan sakit dada. Walaupun anda telah diberikan ubatan yang seharusnya dapat meneutralkan asid perut yang naik, terdapat beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.