Sulit
4 tahun
Sakit berdenyut pada vagina,sembelit,payudara terasa membesar dan sakit pada perut setiap malam Dan pernah ada appendix sudah buat operation
sakit berdenyut pada vagina,sembelit,payudara terasa membesar dan sakit pada perut setiap malam sebelum tidur.sebelum ini keluar keputihan bening selama 3 hari dan saya sepatutnya period 7/10 tetapi period saya tidak teratur sehingga kini belum period dam sebelum ini pernah kene appendix dan sudah membuat operation
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda bimbang akan masalah sakit pada faraj, sembelit, payudara membesar, keputihan serta haid yang tidak teratur. Anda juga mempunyai sejarah pembedahan appendiks. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Kitaran PMS (pre-menstrual syndrome) menghampiri haid
- Endometriosis
- Pengambilan perancang keluarga jenis hormon
- Kehamilan normal atau ektopik
- Kehamilan molar
Manakala sembelit atau perubahan najis adalah suatu yang normal pada perubahan kitaran haid. Sembelit hanya perlu risau, berdasarkan sejarah pembedahan anda adalah apabila:
- Tidak boleh kentut
- Perut anda sangat kembung
- Sakit pada perut yang tidak tertahan
- Perut anda keras
Bagi masalah keputihan pula, ia bergantung kepada ciri cecair dan warnanya. Seperti:
- putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis
- kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Berikut merupakan diagnosis umum perihal masalah kesihatan anda. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan anda bercakap dengan doktor kami atau pakar sakit puan secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

































