
Anonymous
5 tahun
Sakit bila hendak buang air kecil
Saya wanita umur 28tahun. Hari ini dah hari ke-5 saya sakit hendak buang air kecil. Saya sudah pergi klinik buat rawatan tapi ubat yang saya makan macam tidak berkesan. Nama ubat yg saya makan UTIX (Effervescent Granules) Saya akan merasa kencing yang amat sakit bila buang air kecil yang terahir.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit diakhir kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Memandangkan anda telah menjalani perawatan berupa UTIX (Effervescent Granules) dan tidak ada perbaikan, sebaiknya anda membincangkan lebih lanjut masalah ini dengan doktor anda agar pengubatan lanjut dapat dilakukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.