
Sulit
5 tahun
Sakit Dada dalam seminggu ni
Sy berumur 33thn…5hari lepas sy ada pg ke hospital utk periksa…1st bila sy nk bernafas terasa sakit di bahagian belakang dan pd masa yg sama tekak sakit sikit2…ubat tahan sakit, ubat kumur utk sakit tekak dan 1 cream yg berbau minyak angin telah diberikn tp sekarang ni sy rajin sakit dada belah kiri kdg2 mencucuk2… di bhgian rusuk kiri sy terasa sakit…angkat tgn belah kiri terasa sakit…boleh bantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana penyakit jantung koronari atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih