
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan kerap pening
Doktor saya mengalami simptom
1)hidung tersumbat spnjang masa
2) Sakit dada terutama ketika tidur
3) kerap pening
4) Sesak nafas
5) Telinga kadang2 tersumbat
6) Dada berbunyi krek bila bersenam
Saya telah membuat ujian ecg, darah, ujian tyroid semua normal…apakh sakit yg hdapi doktor…Saya risau sbb simptom ini sy rasakan setiap hari hampir 7 bulan.apa lagi pemeriksaan yg perlu sy lkukn doktor…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kebiasaannya setelah membuat ujian ecg, ujian darah dan ujian tiroid jika keputusan normal doktor tidak akan meminta untuk melakukan ujian lain.
Namun gejala sesak nafas dan hidung tersumbat yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Mahupun keadaan seperti:
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongg hidung
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi