
Sulit
5 tahun
Sakit dada dan kesukaran untuk bernafas
Saya berumur 21 tahun, saya mempunyai sakit bahu dari tahun lepas, dan kerap jumpa doktor, tapi setiap kali pergi, doktor kata tiada apa2 , hanya stress/gastrik. Tapi sejak kebelakangan ni, saya rasa dada sehingga rahang, kepala, dan bahu saya sangat sakit, sehingga kadang-kadang saya rasa sukar untuk bernafas dan bergerak. Ubat gastrik tidak lagi melegakan sakit dada saya. Apa yang perlu saya lakukan? Kerana saya takut untuk pergi ke hospital dalam keadaan covid 19 sekarang.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada dan kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh:
Masalah sakit dada:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Masalah kesukaran bernafas:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.