Sulit
3 tahun
Sakit dada dan pening kepala kerap kali
saya remaja perempuan umur 17 tahun , saya kerap sakit dada sebelah kanan dan pening kepala ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti
- glaukoma
- sinusitis
- jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.
Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.
Berdasarkan apa yang anda beritahu pada kami, hal ini mungkin berpunca dari migraine. Simptom utama migrain adalah sakit kepala yang teruk dan biasanya pada satu belah kepala sahaja. Kesakitan tersebut biasanya mempunyai sensasi berdenyutan yang menjadi semakin teruk apabila anda bergerak dan kesakitan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Simptom lain termasuk loya, muntah dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Sesetengah orang juga mengalami ‘aura’ yang merupakan tanda amaran migrain bakal dialami.
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk maklumat anda, masalah sakit dada yang anda alami juga boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.