
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan pening kepala
Saya wanita berumur 23 tahun . Baru baru ni saya chek tekanan darah dan bacaan nya adalah 166/100 Pulse 107 . Tadi saya chek tknan Saya adalah 107/95 pulse 88. Saya juga sering rasa sakit dada dibelah kanan dan pening . Selain itu saya juga sakit bhgian pinggang, bhgian rahim dan kejang kaki .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat memerlukan maklumat serta pemeriksaan lanjutan.Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi