Sulit
3 tahun
Sakit dada dan rase angin berlebihan…lebih kurang 2 mnggu masalah ini
saya lelaki berumur 20-an mengalami gejala ketidakselesaan dada dibelah kiri…saya tidak pasti samada gejala pedih ulu hati ke tidak…dan saya rasa ada macam nak sendawa. Saya juga rasa macam angin nak keluar…harap doktor bleh tolong…trima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Manakala masalah kembung atau angin ini boleh disebabkan oleh:
Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
Radang usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya dengan itu, rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.