
Sulit
4 tahun
Sakit dada di sebelah kiri sahaja
Selamat pagi doc. sy mahu tanya, penyakit apa yang berkaitan dengan sakit dada sebelah kiri? sakitnya seperti ditusuk pisau. sakit biasanya menyerang selepas saya makan dan duduk berehat. perlukah saya melakukan CT scan jantung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Pemeriksaan serta ujian selanjutnya akan diputuskan oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.