Sulit
6 tahun
Sakit dada dibahagian tgah dan sukar untuk bergerak
My wife sakit di bahagian dada dan sukar untuk bergerak,apabila bergerak sakit tersebut datang seperti mencucuk…apakah punca nya dan apa perlu dilakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, punca sakit dada tengah yang isteri anda alami boleh disebabkan oleh:
- Masalah sistem pencernaan seperti gastrik
- Masalah panik atau anxiety
- Tekanan perasaan yang serius
- Masalah paru-paru
- Masalah otot, tulang atau saraf dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































