Sulit
3 tahun
Sakit dada, gastrik, sesak nafas
saya berumur 27 tahun. saya mempunyai masalah gastrik sejak berumur 10 tahun. saya kerap untuk tidur malam dan mempunyai kesukaran untuk bernafas. dada sy terasa sempit sekali di bahagian kiri. perut saya keras. dan sy terfikir mungkin sy dah nak mati. dada sy selalu sejuk. sy kerap mengalami migrain sehingga pandangan sy jadi kabur. dy selalu rasa berdebar-debar.doktor, adakah perkara yg sy alami ini berkaitan penyakit kronik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- GERD
- Asma
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.