
Sulit
4 tahun
Sakit dada kanan di bawah tulang rusuk
Saya wanita berumur 26tahun, belum berkahwin. Haritu doktor beri ubat gastric-pantoprazole untuk 6minggu. Saya dah makan dalam 3minggu. Tapi beberapa harini rasa tak selesa. Kerap sakit perut berangin. Kadang-kadang rasa sakit yang pedih di bawah dada, rasa seperti ada luka lagi bertambah sakit bila saya banyak bergerak. Ataupun semasa tarik nafas, rasa sakit di bahagian kanan bawah rusuk. Sebelum makan ubat ni pun ada juga rasa perkara yang sama, tetapi saya risau kerana dia jadi makin kerap pula sekarang. Adakah itu kesan sampingan daripada ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat memerlukan maklumat serta pemeriksaan lanjutan.Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi