
Sulit
4 tahun
Sakit dada kiri pernah ditumbuk 2003
Salam, dada kiri pernah ditumbuk masa sekolah n mngkin bngkak masa tu bla scan xlma brp tahun rsa skit trumtma wktu sjuk n pegi urut brp lma dtg lg n urut smpi hari ni dlm tempoh 10 thun urut dlm 5 6 kli n skit dtg smula. Blh xsmbuh jika rajin urut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah sakit dada yang anda sedang hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami sakit dada:
- Sakit atau serangan jantung
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru (pneumonia atau tibi)
- Kanser paru-paru
- Refluks asid ataupun GERD
- Gastrik
- Radang selaput dada
- Masalah psikologi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami tidak dapat memberikan kata putus tentang sama ada urutan dapat menyembuhkan sakit dada anda kerana anda perlu melakukan pemeriksaan bersama doktor untuk mengetahui punca sebenar dan banyak maklumat lanjut yang diperlukan dari pihak anda.
Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera jika anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan:
- Sakit dada tidak hilang walaupun sedang berehat
- Sukar bernafas
- Demam
- Berpeluh
- Aktiviti harian terganggu
- Pitam
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.