
Sulit
4 tahun
Sakit dada, perut, kebas lengan kiri, sakit belakang belah belikat dan pinggang
Saya berumur 42 tahun.saya selalu rasa sakit dada macam menucuk nucuk,kebas bahu kiri,sakit belakang di tulang belikat dan pinggang.saya juga seorang pengidap buasir.saya dah pernah buat ecg beberapa kali tapi doktor kata hanya gastrik biasa.sekarang ni sakit dada dan rasa tak selesa diperut berlarutan adakah saya perlu berjumpa doktor lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Selain itu, gejala yang merujuk kepada masalah penyakit jantung adalah seperti:
- Sakit dada - Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.
- Peluh berlebihan - Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.
- Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri - Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.
- Mual/loya - Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah
- Sesak nafas secara tiba-tiba - Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal
- Palpitasi - Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat
- Sakit epigastrik - Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Pengambilan sebarang jenis makanan atau minuman sebaiknya perlu mendapat nasihat daripada doktor untuk memastikan ia sesuai dan diperlukan atau sebaliknya. Hal ini kerana bagi sesetengah orang sesuatu makanan atau minuman tertentu mungkin baik bagi mereka, namun tidak bagi sebahagian individu lain. Kami tidak dapat memberikan jawapan untuk soalan mengenai pemakanan yang sesuai kerana kami tidak tahu situasi keseluruhan kesihatan anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi