
Sulit
3 tahun
Sakit dada/rasa ketat serta muntah
Saya wanita berusia 26 tahun, sejak kebelakangan nie saya kerap rasa sakit dada lepas tu akan muntah. Beberapa hari lepas saya terjadi saya pitam selepas saya naik tangga ini kerana rumah saya ditingkat 4. Sebelum kejadian pitam saya rasa susah sgt nak bernafas dan rasa dada sangat sakit. Selepas kejadian pitam itu saya kerap rasa sakit dada/ketat dan akan muntah. Saya telah buat pemeriksaan saya negatif covid 19.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Gangguan otot dan saraf
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen ini mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.