
Sulit
5 tahun
Sakit dada sebelah kanan bila bernafas panjang
Saya lelaki dan berumur 25 tahun, minggu lepas mengalami resdung dan pernafasan saya sedikit terganggu. Keesokkan harinya selepas saya bangun tidur saya dapati saya merasa sakit dada disebelah kanan apabila menarik nafas yg panjang atau dalam. Dan merasa sakit bila memusingkan badan. Tapi kesakitan nya bukan lah kuat cuma menyebabkan rasa xselesa untuk bernafas dalam. 4 hari kemudia saya pergi ke klinik kesihatan dan doktor sahkan saya tiada kaitan dengan jantung dan ujian ECG pun baik sahaja kata doktor dan saya diberi ubat ibuprofen. Setelah seminggu dari hari pertama sakit rasa sakit itu semakin hilang namun masih ada terasa keadaan tidak selesa di dada apabila menarik nafas dalam dan ada sedikit rasa tak selesa apabila saya bukak dada seluasnya… saya tidak merokok dan pernah obesisi tahun lepas. Doktor rasa apa puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada bahagian kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Muscle strain
- Sakit paru-paru
- Gastroesophageal acid reflux (GERD)
- Sakit jantung
Memandangkan anda telah melakukan pemeriksaan ECG, maka kemungkinan sakit jantung boleh disingkirkan. Akan tetapi, terdapat banyak lagi kemungkinan penyakit lain yang terkait dengan sakit dada. Justeru, merujuk kepada doktor adalah amat digalakkan sekiranya sakit sehingga menganggu pernafasan dan aktiviti harian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.