
fnazsya
6 tahun
Sakit dada sebelah kanan dan belakang
saya wanita berumur 27 tahun, sebelum ni saya mengalami sakit dada dan muntah2 bila saya pergi klinik doc cakap saya ada angin dalam badan dan diberi ubat Molax-M. soalan saya adakah sakit saya sekadar angin saja atau sakit saya berkaitan dengan berat badan kerana saya agak gemuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Simptom yang anda ceritakan boleh disebabkan banyak perkara. Antara yang boleh saya senaraikan adalah:
- Angin dalam perut akibat lewat makan
- Rasa penuh (bloating) akibat makanan yang kurang serasi dengan perut
- Gastritis
- Pedih ulu hati
- Masalah paru-paru
- Masalah jantung
Berdasarkan rawatan yangdiberikan oleh doktor di klinik yang anda kunjungi, kemungkinan masalah yang lebih serius adalah rendah. Kegemukan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, namun untuk mengetahui sekiranya masalah yang anda hadapi adalah disebabkan kegemukan, saya memerlukan maklumat lanjut untuk membuat kesimpulan. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut jika masih risau dengan simptom yang anda hadapi.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.