
Sulit
5 tahun
Sakit Dada sebelah Kiri bahagian atas
Hello Doc Saya Erin …bila bernafas macam ketat…bila her nafas biasa pun sama…sblm kena tu jantung sy Ada Pam laju sikit …tp skrg dah Tak laju dah…masuk nie dah 3 3 hari…sy jg Ada gasrik Masa kena sakit Dada…adalah masalah paru2 atau jantung…perlukah sy me klinik utk pemeriksaan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk saya menjawab sama ada ianya berpunca dari jantung, paru-paru atau organ lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.