
fick_360
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri overdose ubat
Saya wanita berusia 27 tahun, sy baru lepas keluar dari hospital sebab terlebih overdose ubat paractemol. Selepas pulang, merasa sakit seperti menyucuk dibahagian tengah dada dan bahagian kiri dada. Apa faktor atau kelaziman yang berlaku jika terasa sakit seperti ini yea.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gastrik dan sakit dada adalah berkait oleh sebab kedudukan perut yang dekat dengan bahagian dada. Paracetamol juga boleh menyebabkan cik mudah mengalami pedih ulu hati dan sakit gastrik perut,
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.