
Anonymous
5 tahun
Sakit dada selepas keletihan
Saya ialah wanita berumur 33tahun…saya selalu saja mengalami keadaan jantung yang selalu berdegup dengan kencang kadang2 ia akan terasa sesak nafas.kadang2 kalau saya tengah memandu,mengangkat benda berat @ selepas saya bejalan lama2 keadaan dada saya akan sakit.dada saya akan sakit sebelah kanan.Apakah punca kesakitan saya itu,Untuk pengetahuan doktor saya ada mengambil ubat untuk memperlahankan degupan jantung saya 1 hari sekali.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Oleh kerana lokasi sakit dada kanan berdekatan dengan organ-organ tubuh seperti paru dan perut, penyebabnya dapat pelbagai terkait dengan organ tersebut. Biasanya, sakit di dada kanan dapat terjadi oleh pelbagai hal yang seperti:
- muscle strain
- jangkitan paru
- stress
- GERD
Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti sesak nafas ataupun sakit dada seperti ditimpa beban berat, sebaiknya anda segera mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan kerana takut terjadi hal-hal seperti dibawah:
- serangan jantung
- angina
- radang jantung
- darah beku ke paru-paru
- pneumothorax
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.