
Anonymous
5 tahun
Sakit dada semasa berehat
Hai doc , saya berumur 27 tahun sering mengalami sakit dada sebelah kiri semasa saya berehat. Sakit tersebut jarang berlaku semasa saya bekerja atau membuat aktiviti. Namun semasa saya hendak tidur saya terasa sakit di dada kiri walaupun sebelum tidur saya tiada membuat apa apa aktiviti yg berat. Adakah saya kemungkinan mengalami penyakit jantung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit dada kiri yang muncul sewaktu tidur dan istirahat sahaja dan tidak bertambah sewaktu beraktiviti boleh jadi disebabkan oleh beberapa hal seperti berikut:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu sakit akibat asid perut naik ke esofagus
- Gastritis
- Costochondritis yaitu peradangan rawan tulang dada
- Pneumonia yaitu peradangan paru-paru
- Pleurisy yaitu peradangan selaput paru-paru
Akan tetapi, oleh kerana jantung terletak di dada bahagian kiri, dikhuatiri terjadi serangan jantung. Maka, sebaiknya anda segera ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan sekiranya mempunyai gejala berikut:
- rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan
- sesak nafas
- kepenatan
- berpeluh-peluh
- mual
- kadangkala sakit di ulu hati sebagai gejala utama
- sakit dada bermula setelah beraktiviti biasa seperti jalan atau emosi yang kuat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Photo by Giulia Bertelli