
Sulit
4 tahun
Sakit dada, tidak batuk tidak selesama tidak sikit bernafas adakah berkaitan dgn covid
Saya lelaki berumur 27 tahun. Saya tidak demam, tidak selesema, tidak batuk dan tidak mengalami kesukaran bernafas. Tetapi saya sering rasa sakit dada. Saya ada kesukaran utk tidur malam sejak beberapa minggu lepas Dan ada mengambil pil utk tidur. Adakah sakit dada Saya dikaitkan dengan covid

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.