
Sulit
4 tahun
Sakit dada tulang belakang
salam doc sy wanita 19 dan sy bekerja. setiap hari sy akan rasa sakit kepala dan sakit dada trutama waktu pg dan waktu saya duduk lps buat kerja. sy dh buat 2x ecg sekali di klinik swasta dan result ecg saya tak ok tp ecg di kk saya ok jd doktor disana bg ubat saja. baru baru nie kaki dan tangan sy selalu kebas dan tulang blkg kanan sy juga sakit sangat rasa seperti mencucuk waktu tidur pun kdg terasa sampai rasa tak selesa.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Untuk makluman anda, kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
- Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
- Migraine sejenis sakit kepala
- Kompliksi kencing manis
- Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
- Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
- masalah saraf
Untuk makluman anda, sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- batu buah pinggang
- batu karang
- keradangan buah pinggang
- jangkitan kuman ataupun virus
- reactive arthritis
Berdasarkan bacaan ECG anda yang elok, ini menunjukkan kurang risiko anda menghadapi masalah serius. Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.