
Sulit
4 tahun
Sakit dada yang mencucuk tiba2
Saya wanita berumur 24 tahun. Pada bulan 9 tahun lepas, saya kena denggi dan telah sembuh. Tapi saya mengalami pace jantung laju (tachycardia) dan Dr. masih dalam proses mencari punca jantung laju tersebut kerana saya tak mengalami sakit apa2. Akhir-akhir ini, Saya sering mengalami sakit dada mencucuk yang tiba-tiba dan hilang. Sejak semalam sakit dada tersebut semakin kerap dan menyebabkan saya panic dan overthinking. Walaupun sakit telah hilang saya masih dalam keresahan jika sakit tersebut kembali. Rasa resah tersebut juga membuatkan saya takut untuk tidur jika saya terkena sakit jantung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Selain itu, gejala yang merujuk kepada masalah sakit jantung adalah:
Sakit dada - Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.
Peluh berlebihan- Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.
Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri- Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.
Mual/loya- Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah
Sesak nafas secara tiba-tiba- Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal
Palpitasi- Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat
Sakit epigastrik- Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.