
Sulit
3 tahun
Sakit dada yang menyebabkan ngilu pada dada serta sesak nafas
Saya wanita berumur 21 tahun.saya mengalami sakit dada belah tgh kiri seperti ditusuk atau dihempap benda berat. Saya juga selalu berasa mual, pening seperti ingin pitam,sukar utk tidur malam dan berasa lesu/lenguh badan… Adakah itu dikira pedih hulu hati biasa atau gastrik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Namun begitu, masalah anda boleh disebabkan oleh
Pedih ulu hati (GERD) disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.