
Sulit
4 tahun
Sakit Dada yang secara tiba tiba
Saya Lelaki berumur 21tahun bekerja di syarikat makanan…saya nak tanya kenapa setiap kali saya angkat barang atau buat kerja tiba2 dada saya rasa sakit dan berdegup kencang. Saya sewaktu kecil menghidap athsma tetapi semakin saya meningkt dewasa masalah tersebut semakin kurang cuma kebelakangan ini saya sering sakit dada. Apa yang perlu saya buat Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Berkemungkinan masalah ini berkaitan dengan otot kerana ianya tercetus apabila anda mengangkat barang. Namun, pihak kami tidak menolak kemungkinan lain untuk masalah sakit dada anda yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas diagnosis tepat diketahui, barulah rawatang yang sesuai boleh diberikan kepada anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.