
Sulit
5 tahun
Sakit dalam kepala di bahagian tengah
Sy wanita dlm 19 dan mempunyai sakit dalam kepala dibahagian tengah sy demam secara tiba-tiba tgn dan kaki sy x dpt merasai secara nyata terasa kebas x mampu genggam tangan dgn kuat jln kdg x stabil bahagia leher sakit kdg terasa macam beku sakit bahagian tegah kepala jdi semakin sakit tidur pun masih rasa sakit dan kebas bahagian anggota badan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala disertai demam dan gejala-gejala berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- demam denggi
- demam chikungunya
- migraine
- masalah tiroid
Merujuk kepada keluhan yang anda rasakan, terutamanya demam, adalah amat digalakkan untuk mendapat rawatan bagi kondisi ini sebelum memburuk. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.