Sulit
3 tahun
Sakit dalam perut sekejap sekejap
Sy perempuan berusia 21 tahun . Sy berasa sakit dalam perut sekejap sekejap … bila sakit rsa mcm memulas sgt2 . Lps ti rsa ok then sakit blik. Apakah petandanya itu ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Sembelit
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.