
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian Ari-ari belah kiri
Saya seorang wanita yang berumur 20-an. Baru-baru ini saya berasa sakit dibahagian ari-ari. Adakah bahaya untuk kesihatan saya doktor? rasanya seperti berdenyut-denyut ketika saya berdiri dan baring. Ketika berjalan pun rasa. Kenapa ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian ari-ari sebelah kiri. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kencing, atau struktur sekitarnya.
- Masalah pada sistem reproduktif wanita
- penyakit keradangan pelvik
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda amat disarankan untuk merujuk secara langsung perkara ini dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!