
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian ari ari belah kiri
Hi Doktor, Saya berumur 27 tahun dah sudah berkahwin. sejak 2 hari ni saya punya ari2 di bahagian kiri kerap rasa sakit. saya masih belum cek upt. adakah itu tanda implantasi atau ade jangkitan lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Ovarian cyst
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala yang disebutkan:
- Demam
- Terdapat cecair berbau atau darah yang keluar daripada faraj anda
- Gatal-gatal di bahagian faraj
- Sakit perut
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur nanah atau darah
- Sakit atau pening kepala
- Lemah dan lesu
- Loya dan muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.