
shalalazyla
5 tahun
Sakit di bahagian ari ari
Hello doktor,.saya berumur 26 tahun,…da telah berkahwin selama hampir 3 tahun…tapi masih belum mempunyai cahaya mata…sejak akhir akhir ini…bulan lepas dan bulan ni saya mengalami kekejangan di bahagian perut…bawah pusat…seperti ada sesuatu yang mencucuk ,…dan rasa nyeri di bahagian perut…adakah itu dikatakan sakit di bahagian ari ari?kekejangan itu tak kira waktu,…dalam bulan ni…ada 1 hari dalam waktu subur,…apabila saya bersama suami…kekejangan itu terjadi…dan rasa sakit ketika bersama…tetapi keesokkan hari rasa sakit itu hilang apabila saya bersama suami lagi…dan rasa nyeri di bahagian perut itu juga berlaku ketika saya tidak pun bersama suami,…rasa sakit itu datang dan hilang…dan datang semula…adakah saya mempunyai masalah rahim?adakah itu penyebab sehingga ke hari ini saya tidak mempunyai zuriat…dan saya masih lagi belum lagi melakukan ujian pap smear untuk mengetahui keadaan rahim saya yang sebenar…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Masalah ginekologi (Senggugut, Masalah di rahim atau serviks)
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
Bagi masalah sakit ketika bersama pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Jangkitan kulat candidiasis
- Fibroid
Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan biasanya tidak membawa gejala.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.