Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian buah zakar belah kanan
Saya terasa sakit apabila datang nya sakit nya tu, apa bila sye tngok buah zakar sye membekak sedikit sebelah kanan. sye tarik sedikit zakar saya kedepan, lama kelamaan terus okey buah zakar nya pun semakin pulih kenapa ye doktor,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion
- radang epididymis
- radang testis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.