
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian buah zakar sampai keluar nanah
Kawan saya menggadu sakit di bahagian buah zakar sakit sampai ke bahagian pinggang sebelah kanan dan zakar menggeluarkan nanah…boleh saya tahu apa kah penyakit itu doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya gejala yang dialami boleh disebabkan oleh:
- Perubahan sementara organ kelamin (jika tidak sakit)
- Inflamasi testikel
- Jangkitan kuman atau virus
- Varikosele
- Hydrocoele
- atau gangguan testikel yang lain
Tambahan lagi, keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.