
tinaothman2013
2 tahun
Sakit di bahagian kiri rahim
sy berumur 33 tahun mempunyai anak 4 org.sy mengalami sakit di bhagian kiri rahim selama 4 tahun.bila sakit sy hnya ambil painkiller.rasa sakit di bahagian kiri menyebabkan rasa ade benda nak terkeluar dia bahagian kemaluan rasa seperti itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Kesakitan di bahagian rahim boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah :
- Haid
- Trauma
- Sakit otot
- Jangkitan kuman
- Radang organ reproduksi
- Rahim/ Organ peranakan jatuh
- Sakit yang serius seperti barah ovari dan barah rahim.
Untuk mengetahui punca kesakitan dan masalah puan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.