
Sulit
5 tahun
Sakit di bahagian perut dan mencucuk
Saya wanita dalam 20’an dan saya ada sedikit rasa tidak selesa di bahagian perut antara atas pusat dan dada. Saya rasa perut saya penuh dan setiap pagi mesti saya akan buang gas (kentut) dan akan buang air besar samada cirit atau sembelit dan juga rasa lenguh di bahagia pinggang. Boleh doc jelaskan apa masalah yg saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, buang air besar setiap pagi adalah proses normal yang akan dialami setiap orang. Malah, rasa untuk buang air besar akan timbul setelah anda bersarapan pagi mahupun mengambil minuman berkafein seperti kopi. Merujuk kepada sakit lenguh serta sifat najis anda, justeru keadaan ini harus dikhuatiri memandangkan ia boleh disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:
- Irritable bowel syndrome iaitu keradangan usus
- Endometriosis adalah suatu keadaan bilamana sel rahim tumbuh di luar ruang rahim
- Masalah ketidakseimbangan hormon seperti hormon tiroid
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.