Sulit
4 tahun
Sakit di belah kiri bahagian pinggang/ bawah pinggang
Saya wanita dalam berumur 22 tahun. Saya sering bermasturbasi. Tetapi tidaklah setiap hari. Selepas saya masturbasi,saya akan mengalami rasa sakit di bahagian belah kiri bahagian bawah pinggang/ bahagian pinggang. Sakitnya terasa seperti senak tetapi tidaklah terlalu kuat. Rasa sakit itu akan muncul apabila sayang berdiri atau baring secara menegak. Adakah masalah itu serius?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Masalah ini mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Ketegangan otot akibat dari onani
- Otot belakang terseliuh
- Masalah buah pinggang
- Trauma di bahagian belakang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































