
Sulit
5 tahun
Sakit di vagina dan tidak selesa waktu berjalan
Saya wanita berumur 18 tahun.Saya kerap kencing sekirnya minum air dengan banyak.5 hari lepas,saya rasa tidak selesa dan rasa berat di vagina.Hanya dapat duduk untuk hilangkan rasa tak selesa tu.Kemudian,saya ke klinik dan doctor check cakap tiada apa-apa disitu dan mungkin bengkak di bahagian dalam dan diberi ubat bengkak.Ada kemungkinan lain ke doctor dengan apa yang saya hadapi sebab saya masih rasa tidak selesa.Kalau nak kencing pun tak seperti selalu,rasa susah sikit and kadang-kadang rasa sakit di vagina.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit semasa kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Sekiranya anda minum dengan banyak, anda akan kencing dengan lebih banyak. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda digalakkan untuk bertemu dengan doktor pakar supaya pemeriksaan penuh dapat dijalani. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.